MAKLUMAT SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Pendidikan berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk 
membangunkan potensi individu bagi memenuhi 
aspirasi negara.


SEJARAH SEKOLAH

Mula beroperasi pada 1 Februari 1977 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 dengan menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan  Langgar. Ketika itu jumlah pelajar adalah seramai 264 orang ( 152 lelaki dan 122 perempuan) dibimbing oleh 11 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh En.Ahmad b. Ismail. Dalam usaha untuk memantapkan pengurusan pendidikan, pada 1 Januari 1985 semua pelajar di tempatkan semula di Sekolah Kebangsaan Jabi bermula pada tahun  1985 apabila Dato' Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi telah sudi meletakkan batu asas bagi pembinaan sekolah ini .Perasmian pembukaan sekolah ini telah dilaksanakan pada 2 Julai 1986 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi. Pada 1 Januari 1998 sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A. Pada 25 Julai 2000 , Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman telah menganugerahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi bertaraf 4.40 bintang.

No comments:

Post a Comment